• Main
  • News

*kemuliaan & Kelebihan Bulan Muharram.*

*kemuliaan & Kelebihan Bulan Muharram.*

*Kemuliaan & Kelebihan Bulan Muharram.*

Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan haram yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Allah berfirman:

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan... antaranya empat bulan haram." (Surah At-Taubah: 36)

*Kelebihan Bulan Muharram.*

1. *Bulan Allah (Syahrullah)*

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Allah, iaitu Muharram." (Riwayat Muslim).

Ini menunjukkan kemuliaan Muharram sehingga disandarkan kepada Allah sebagai "Syahrullah" (Bulan Allah).

2. *Salah Satu Bulan Haram*

Empat bulan haram ialah:

- Zulkaedah

- Zulhijjah

- Muharram

- Rejab

Pada bulan-bulan ini umat Islam diperintah agar lebih menjaga diri daripada maksiat dan dosa.

3. *Amalan Digandakan Ganjarannya*

- Para ulama menyebut bahawa amal soleh yang dilakukan pada bulan haram mendapat kelebihan yang besar, manakala dosa juga lebih berat kesannya.

4. *Puasa Asyura (10 Muharram)*

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Puasa hari Asyura, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. *Puasa Tasu'a (9 Muharram)*

Rasulullah ﷺ berazam untuk berpuasa pada 9 Muharram bersama 10 Muharram bagi membezakan amalan umat Islam daripada kaum Yahudi.

*Amalan Yang Digalakkan*

✅ Berpuasa 9 & 10 Muharram

✅ Berpuasa 10 & 11 Muharram

✅ Memperbanyakkan taubat dan istighfar

✅ Membaca al-Quran

✅ Bersedekah

✅ Memperbanyakkan zikir dan doa

✅ Menjaga silaturrahim.

*Pengajaran Muharram*

Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi berpindah:

- Dari syirik kepada tauhid

- Dari maksiat kepada taat

- Dari lalai kepada mengingati Allah

- Dari akhlak buruk kepada akhlak mulia

"Tahun baharu Hijrah bukan sekadar bertukar angka, tetapi peluang memperbaharui iman dan amal."

Nota tazkirah dari Ceramah Ma'al Hijrah
Selasa 16 Jun 2026M
Malam 1 Muharram 1448H
Oleh Ustaz Dr Mohd Nizam Mokhtar.
Di Masjid Al-Khairiah Masjid Ayer Molek Melaka.

@topfans
Mohd Ali Momin