*Qalbin Salim: Jalan Menuju Keselamatan Dunia dan Akhirat*
Qalbun Salīm (قَلْبٌ سَلِيمٌ) bermaksud hati yang sejahtera, bersih dan selamat daripada syirik, nifaq, hasad dengki, riya', ujub dan penyakit-penyakit hati yang lain.
Allah SWT berfirman:
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
"Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera (qalbun salim)."
— Surah Asy-Syu'ara' ayat 89
*Ciri-ciri Qalbun Salim*
- Ikhlas dalam beribadah kepada Allah.
- Bersih daripada syirik dan keraguan terhadap agama.
- Sentiasa bertaubat apabila melakukan dosa.
- Reda dengan ketentuan Allah.
- Mengasihi sesama Muslim dan tidak menyimpan dendam.
- Sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan doa.
Doa Memohon Hati Yang Sejahtera
اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ
Maksud: "Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada nifaq, amalanku daripada riya', dan lidahku daripada dusta."
Petikan Nota Tazkirah
Kuliah Maghrib
Ahad 21 Jun 2026M
Malam 6 Muharram 1448H
Tuan Guru Hj Abd Rahman Jaafar
Masjid Ayer Molek