Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat dan bersedekahlah.”
(Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)