• Main
  • News

Nota Ringkas Dari Kuliah Subuh Pagi Ni.

Nota Ringkas Dari Kuliah Subuh Pagi Ni.

Nota ringkas dari Kuliah Subuh pagi ni.

Takrif Qudrat
Qudrat ialah sifat Allah Ta‘ala yang bermaksud berkuasa.

Ertinya:
Allah tidak menjadikan sesuatu melainkan dengan kehendak dan kekuasaan-Nya.

Pembahagian Ta‘alluq Qudrat

Qudrat mempunyai dua ta‘alluq (hubungan):

1. Ta‘alluq Shuluhi Qadim.

➡️ Hubungan kuasa Allah yang azali (sejak dahulu tanpa permulaan).

➡️ Allah berkuasa atas segala sesuatu, sebelum sesuatu itu wujud lagi

2. Ta‘alluq Tanjizi Hadis.

➡️ Hubungan kuasa Allah ketika sesuatu itu benar-benar berlaku / diciptakan.

➡️ Contohnya: apabila Allah menjadikan manusia, alam, dan segala makhluk.

Kesimpulan Ringkas

Allah sentiasa berkuasa:

✔ Sebelum sesuatu berlaku (Shuluhi Qadim).

✔ Ketika sesuatu berlaku (Tanjizi Hadis)..