PUASA IALAH MADRASAH TAQWA.
Allah ﷻ berfirman dalam Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah ayat 183:
“Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardukan ke atas orang sebelum kamu, la‘allakum tattaqun – agar kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Puasa = Madrasah (Sekolah) Taqwa.
1️⃣ Puasa mendidik SABAR.
Menahan lapar, dahaga dan syahwat melatih jiwa supaya sabar dan kuat menghadapi ujian.
2️⃣ Puasa mendidik IKHLAS.
Ibadah lain boleh dilihat manusia, tetapi puasa hanya Allah yang tahu.
Inilah latihan keikhlasan yang sebenar.
3️⃣ Puasa mendidik DISIPLIN.
Ada waktu mula, ada waktu berbuka. Orang bertaqwa ialah orang yang menjaga batas masa dan perintah Allah.
4️⃣ Puasa mendidik KAWALAN DIRI.
Bukan sekadar tahan makan minum, tetapi tahan mata, lidah dan hati daripada dosa.
Apa Itu Taqwa?
Taqwa ialah:
- Takut kepada Allah dalam keadaan terang dan tersembunyi.
- Melaksanakan perintah-Nya.
- Meninggalkan larangan-Nya.
- Meletakkan antara diri dan azab Allah satu “perisai”.
Kesimpulan.
Ramadhan bukan sekadar bulan lapar dan dahaga.
Ia adalah madrasah tarbiah ruhiyyah.
Jika selepas Ramadhan kita:
- Lebih menjaga solat,
- Lebih menjaga lidah,
- Lebih ringan bersedekah,
- Lebih takut melakukan dosa,
Maka itulah tanda kita telah lulus dari Madrasah Taqwa.
Puasa bukan matlamat.
Taqwa itulah matlamat.
Semoga Allah menjadikan kita daripada kalangan al-muttaqin. ????
Us. Azizan Lim Anuar..
Kuliah Suhuh
Ahad 11 Ramadhan 1447H
Masjid Ayer Molek Melaka.