Nota Tazkirah: Perbuatan Allah SWT.
Dalam akidah Islam, kita wajib meyakini bahawa Allah SWT berkuasa mutlak dalam setiap perbuatan-Nya, dan segala yang berlaku adalah dengan kehendak serta hikmah-Nya.
Pertama: Allah tidak boleh dipersoalkan
Firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya’ ayat 23:
“Allah tidak ditanya tentang apa yang Dia lakukan, tetapi merekalah yang akan ditanya.”
Ayat ini mengajar kita supaya tidak mempertikaikan takdir Allah, kerana ilmu manusia terbatas, sedangkan ilmu Allah Maha Luas.
Kedua: Allah Pencipta segala perbuatan.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Shaffat ayat 96:
“Dan Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu kerjakan.”
Segala gerak-geri dan kemampuan kita adalah ciptaan Allah. Namun manusia tetap dipertanggungjawabkan atas pilihan dan usaha yang dilakukan.
Ketiga: Semua ketentuan dari Allah.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 78:
“Katakanlah: semuanya adalah daripada Allah.”
Sama ada perkara yang kita anggap baik atau buruk, semuanya berlaku dengan izin dan ketentuan Allah SWT, dan pasti ada hikmah di sebaliknya.
Penutup
Sebagai hamba, tugas kita ialah:
1. Tunduk dan reda dengan ketentuan Allah.
2. Berusaha dan berdoa,
3. Bersangka baik kepada Allah dalam setiap keadaan.
Semoga Allah mengurniakan kita hati yang tenang dan iman yang teguh. Amin.
#kuliahsubuh
#masjid
#ayermolek