• Main
  • News

*nota Tazkirah Kuliah*

*nota Tazkirah Kuliah*

*NOTA TAZKIRAH KULIAH*

*Adab Seorang Anak kepada Orang Tuanya*.

Berbakti kepada ibu bapa adalah kewajipan besar dalam Islam, malah perintahnya sering digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah.

Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
(Surah Al-Isra’: 23).

Antara adab utama anak kepada ibu bapa:

1️⃣ Bercakap dengan lemah lembut
Tidak meninggikan suara, tidak membentak dan tidak menyakiti hati walau dengan satu perkataan kecil.

2️⃣ Taat dalam perkara kebaikan.
Mentaati selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah.

3️⃣ Menghormati dan memuliakan mereka.
Menjaga adab, layanan dan tutur kata, sama ada di hadapan atau di belakang mereka.

4️⃣ Membantu dan berkhidmat.
Ringankan beban mereka, sama ada dengan tenaga, harta atau perhatian.

5️⃣ Bersabar dengan kerenah ibu bapa.
Terutama ketika mereka sudah lanjut usia.

6️⃣ Mendoakan ibu bapa
Sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Doa yang diajar Allah:

“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihiku semasa kecil.”

7️⃣ Tidak menyakiti hati mereka.
Termasuk perbuatan, perkataan, isyarat muka dan nada suara.

*✨ Penutup*

1. Reda Allah bergantung pada reda ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa.
2. Siapa yang menjaga adab dengan ibu bapanya, Allah akan mudahkan urusannya di dunia dan akhirat.

Semoga kita tergolong dalam anak-anak yang berbakti. ????.

#KuliahMaghrib
#masjid
#ayermolek