Motivasi Ujian Hidup.
Ujian hidup itu bukan tanda Allah membenci kita. Selalunya, ia tanda Allah sedang memilih kita untuk naik darjat.
Allah berfirman:
“Apakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan berkata: ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah Al-‘Ankabut: 2).
Setiap orang ada ujiannya sendiri. Ada diuji dengan susah, ada diuji dengan senang. Yang susah diuji dengan sabar, yang senang diuji dengan syukur. Dua-dua berat, dua-dua bernilai di sisi Allah.
Ingatlah,
Ujian bukan untuk melemahkan, tapi untuk membersihkan hati.
Ujian bukan untuk menghancurkan, tapi untuk mendekatkan kita kepada Allah.
Kadang-kadang Allah ambil sesuatu, supaya kita kembali bergantung penuh kepada-Nya. Kadang Allah lambatkan jawapan doa, kerana Dia tahu waktu yang paling tepat.
Pegang satu janji Allah ini:
“Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan.”
(Surah Al-Insyirah: 6).
Teruskan melangkah, walaupun perlahan. Jangan berhenti.
Kerana orang yang bersabar, akhirnya bukan saja selamat, tapi diangkat.
Semoga Allah kuatkan hati kita dalam setiap ujian. ????
Kuliah Maghrib
Us Hairul Amin.