• Main
  • News

Firman Allah Ta'ala Dalam Surah Az-zariyat — Ayat

Firman Allah Ta'ala Dalam Surah Az-zariyat — Ayat

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Az-Zariyat — ayat 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”

Ayat ini menjelaskan tujuan utama kehidupan manusia dan jin di dunia iaitu untuk menjadi hamba Allah.

Makna “liyabudun” bukan sekadar solat, puasa dan zikir sahaja, tetapi:

- mengenal Allah (ma‘rifatullah),
- taat kepada perintah-Nya,
- menjauhi larangan-Nya,
- mengikhlaskan hati kerana Allah,
- serta menjadikan seluruh kehidupan sebagai ibadah.

Ulama tafsir juga menjelaskan:

“Melainkan supaya mereka mengenal-Ku.”

Kerana ibadah yang sebenar lahir daripada mengenal kebesaran dan keagungan Allah.

Maka hakikat hidup seorang mukmin ialah:

- hidup sebagai hamba,
- bukan menurut hawa nafsu,
- bukan mengejar dunia semata-mata,
- tetapi mencari redha Allah dalam setiap keadaan.

Allah tidak berhajat kepada ibadah kita, tetapi kitalah yang berhajat kepada rahmat dan hidayah Allah.

(Nota tazkirah dari Kuliah Maghrib malam ni)
Sabtu 23 Mei 2026
Malam 7 Zulhijjah 1447
Masjid Al-Khairiah Ayer Molek Melaka.
Ustaz Muhammad Rafi Haji Madon.