Satu Rumah Satu Ibadah Korban.
عَنْ مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ كُنَّا وَقُوفًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّة
Daripada Mikhnaf bin Sulaim, kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah ﷺ dan aku mendengar baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap setahun"
(HR Ibnu Majah 3116)
Status: Hadis Hasan.
Pengajaran:
1. Kita memasukki bulan Zulkaedah dan akan menyambut kedatangan Hari Raya Eidul Adha di mana antara amalan yang dituntut kepada Muslim adalah ibadah Korban.
2. Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulamak beranggapan, Ibadah korban adalah sunat kifayah bagi setiap rumah (suatu sunat yang amat dituntut). Dalam mazhab Syafie ibadat korban ini sunat Muakkad.
3. Bagi Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan.
4. Ibadat korban ini adalah sebahagian dari syiar agama sebagai memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. Melaksanakan ibadat ini akan membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban semata-mata meninggikan syiar agama Allah ﷻ.
5. Bagi mereka yang berkemampuan, afdhal melaksanakan Ibadat Korban.
????
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۗ اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Rabbanā taqabbal minnā, innaka antas-samī'ul-'alīm
"Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(QS Al Baqarah: 127).
Wallahu a’lam
????
Sedekah (Khofiyyah) & Waqaf & Infaq kerana Allah ﷻ.
???????? PROGRAM IBADAH KORBAN 2026
Masjid Al-Khairiah Ayer Molek Melaka.
Assalamualaikum wbt,
Dimaklumkan bahawa pihak masjid akan mengadakan Program Ibadah Korban seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Zulhijjah 1447H
Satu bahagian Lembu: RM930
Seekor kambing: RM1200
Harga ini termasuk kos pengurusan seperti
- permit penyembelihan
- Upah sembelih
- Upah melapah
- Upah pengagihan daging korban.
Bagi yang berminat untuk menyertai ibadah korban pada tahun ini, boleh hubungi:
- Tn Hj Mohd Ali 012-9190678
- Tn Hj Mohamad Din 013-6374672
- En Rizal 017-6909388
https://masjidayermolek.com/program-korban-kelompok
Tempat adalah terhad. Jom sama-sama kita merebut peluang beramal dan mendekatkan diri kepada Allah ????????
Untuk yg nak menyumbang tabung masjid
No akaun 04010003360719
Lembaga Masjid Ayer Molek
Bank Muamalat Berhad
https://www.facebook.com/MasjidAirMolek
https://masjidayermolek.com/