• Main
  • News

*tajuk: Adab Tayammum – Jangan Sekadar Ganti, Tapi

*tajuk: Adab Tayammum – Jangan Sekadar Ganti, Tapi

*TAJUK: Adab Tayammum – Jangan Sekadar Ganti, Tapi Hayati*

Tayammum sering kita anggap sekadar “pengganti wuduk” apabila tiada air atau tidak mampu menggunakan air. Namun hakikatnya, tayammum adalah satu ibadah yang penuh dengan adab dan penghayatan.

Allah سبحانه وتعالى berfirman dalam Surah Al-Ma’idah ayat 6:

“…maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang suci…”

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam itu mudah, tetapi bukan bermakna kita boleh ambil ringan.

Antara adab tayammum yang perlu kita jaga:

Pertama, *niat yang ikhlas.*

Kita bertayammum bukan sekadar untuk sah solat, tetapi kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah.

Kedua, *menggunakan tanah yang suci.*

Ini mengajar kita bahawa walaupun tanpa air, kesucian tetap dijaga.

Ketiga, *tidak berlebihan.*

Cukup sekadar menepuk tangan dan menyapu dengan sederhana. Islam tidak suka pembaziran walaupun dalam ibadah.

Keempat, *tertib dan muwalat*

Dilakukan dengan teratur dan tidak berlengah. Ini melatih disiplin dalam beribadah. Dan yang paling penting, menjaga hati.

Tayammum mengajar kita bahawa walaupun hanya dengan debu, kita tetap boleh bersuci di sisi Allah. Ini tanda bahawa yang dinilai bukan sekadar zahir, tetapi keikhlasan hati.

Jemaah sekalian,
Kadang-kadang kita ada air, tetapi hati kita kering. Tayammum mengingatkan kita — tanpa air pun boleh bersih, asalkan hati itu hidup dengan Allah.

Penutupnya, marilah kita bukan sahaja melakukan tayammum dengan betul, tetapi juga menghayati adabnya agar setiap ibadah kita lebih bernilai di sisi Allah.

Wallahu a’lam.

Nota Kuliah Subuh pagi ni
Jumaat 24 April 2026
6 Zulkaedah 1447.
Masjid Al-Khairiah Ayer Molek Melaka.