TALAQQI AL-QURAN
Isnin 2 Zulkaedah 1447H / 20 April 2026
Masjid AlKhairiah Ayer Molek
https://maps.app.goo.gl/NaRDaiwcNXHzpVg56?g_st=ic
Bacaan Al-Quran secara talaqqi
Disertai bacaan terjemahan
Surah Asy-Syura: Ayat 45 – 51
Dipimpin oleh:
Ustaz Osman bin Abd Halim
Terjemahan oleh:
Tn. Hj. Mokhtarudin Abu Samah
Ayuh bersama menghidupkan hati dengan bacaan, tadabbur dan kefahaman Kalamullah.
Moga beroleh ilmu, hidayah dan keberkatan.
https://masjidayermolek.com/
PEDOMAN AYAT
SURAH ASY SYURA (MESYUWARAH)
AYAT 49.
Segala sesuatu di alam semesta ini, termasuk diri kita dan anak-anak, adalah milik mutlak Allah. Kita hanya "pemegang amanah". Kesedaran ini didik jiwa kita agar tidak sombong apabila memiliki sesuatu dan tidak berputus asa apabila kehilangan atau tidak memiliki apa yang diingini.Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Ada orang yang jika diberikan anak, dia mungkin lalai, dan ada yang tidak memiliki dia lebih dekat dengan Allah..
Hikmah terbesar ayat ini adalah redha. didik kita untuk menerima ketetapan Allah dengan hati lapang. Sama ada dikurniakan anak lelaki@ perempuan, kedua-duanya, atau belum dikurniakan zuriat, semuanya adalah takdir Allah untuk kebaikan hamba-Nya di dunia dan akhirat.
Allah Maha Tau
Ya Allah ya Tuhanku, matikanlah kami semua Husnul-Khatimah, ringankanlah Sakaratul-maut ke atas kami dan akhirilah ucapan kami dengan
*لا إله إلا الله*
*محمد رسول الله*