*tazkirah Pagi*
*Tazkirah pagi*
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
*Renungan Tentang Teguran*
Hari ini marilah kita bersama-sama merenung tentang erti teguran.
Sekiranya teguran yang diterima itu benar, sambutlah dengan hati dan fikiran yang terbuka. Hakikatnya, teguran itu adalah satu bentuk didikan daripada Allah SWT untuk membantu kita memperbaiki diri. Sesungguhnya Allah sering mendidik manusia melalui manusia yang lain.
Namun, jika teguran itu tidak sepenuhnya benar, terimalah dengan pertimbangan yang bijaksana. Mungkin niat dan isi hati pemberi teguran itu baik, tetapi cara penyampaiannya kurang tepat.
Dan sekiranya teguran itu disertai cercaan atau penghinaan, abaikanlah. Dosa dan pahala kita bukan di tangan manusia lain. Mudah-mudahan suatu hari nanti, mereka akan menyedari bahawa sikap demikian tidak memberi manfaat, bahkan merugikan diri sendiri.
Semoga bermanfaat
